Bila kawan masih belum bayar hutang.

 Bila kawan masih belum bayar hutang dan kita nampak dia spend duit merata. Makan sedap-sedap, berjalan sini sana. Terdetik dalam hati, amboiii berjoli duit boleh. Duit aku belum bayar lagi. Best ye? Sejujurnya aku marah dan aku mengungkit. Sampai tahap aku jadi tawar hati dengan kawan yang begini. Hati jadi tak tenang dan lama-lama rasa sakit hati. 


Tapi sejujurnya aku pun tak suka dengan perasaan ni. Rasa bersalah ada tawar hati, dan rasa bersalah mengelak dengan kawan yang ini. Padahal, ini sebenarnya antara kawan baik dan rasa selesa berkawan. 


Satu saat tiba-tiba aku soal balik dengan diri sendiri. Kenapa perlu ada perasaan tawar hati, rasa marah, rasa tak best ni. Kalau dalam keadaan macam ini, adakah Allah suka dengan apa yang kita rasa sekarang, dan kita mengelakkan diri dengan kawan ni, adakah Allah redha? 


Ya nilai yang kawan pinjam tu banyak, dan Alhamdulillah, kalau kawan tu tak bayar sekarang pun Allah masih sediakan rezeki kita yang lain. Masih ada duit untuk kita makan, masih ada duit untuk kita makan sushi king, order dominos, shopping shopee 3 kali seminggu, duit untuk bayar bulanan kereta masih ada, bil postpaid internet masih mampu bayar, duit belanja untuk ibu masih boleh beri. Alhamdulillah masih cukup serba serbi. Tambahan pula, duit yang kita bagi pinjam kepada kawan tu pun, bukanlah hak mutlak kita. 


Duit itu dari Allah, satu hari Allah takdirkan kawan kita susah, dan Allah uji---Haa, kawan tengah susah tu, tak nak ke tolong? Setelah beberapa ketika, Allah cukupkan rezeki dia, Allah uji kita lagi--Haaa, kawan tu dah cukup duit, sebagai kawan, ingat kan dia tak pasal tanggungjawab bayar hutang. Ujian ke dua kita ialah--letak tak ruang untuk bersangka baik dalam hati kita. 


Allah!


Untuk aku-gagal kedua-dua ujian setelah Allah cukupkan rezeki dia. Tak baiknya aku berkira, padahal duit yang aku pinjamkan pada kawan tu pun, bukannya milik mutlak aku. Aku letak sekejap kat bank account aku, kemudian salurkan pada hamba Dia yang lain. Dari perspektif yang lain, kita pun sebenarnya banyak hutang dengan Allah--Solat masih lewat, kadang-kadang tertinggal dan solat yang sedikit itu juga selalunya tak sempurna. Khusyuk terlalu jauh untuk dicapai, dan berkejar-kejar nak habiskan. Baru kira solat, belum lagi hal yang lain. 


Bayangkan kalau Allah oun tawar hati dengan kita. Bayangkan Allah pun tak pedulikan kita, macam apa kita buat pada kawan kita tu. Macam mana kita nak hidup, macam mana kita nak bangun daripada tidur kita, macam mana kita nak bernafas pun, sebab Allah yang menghidupkan kita dan Dia jugalah yang ‘menyara’, menampung kehidupan kita, kalau Dia tak pedulikan kita, macam mana kita nak hidup. 



Jadi, untuk menjadi kawan yang baik, jangan takut untuk ingatkan kawan kita untuk bayar hutang. Ingatkan dia dengan penuh hikmah, kebaikan dan kelembutan. Sebagaimana kita ingin diingatkan. Begitu juga kita harus ingatkan kawan kita. Ingatkan dia dengan niat kerana kita sayang kawan kita, dan kita mahu tunaikan tanggungjawabnya selagi dia masih hidup, kerana membayar hutang itu, adalah wajib. 


Semoga Allah ampunkan dan bersihkan hati kita daripada sangka buruk dan perasaan yang tidak baik, yang membuatkan kita jauh daripada rahmat Allah. Semoga Allah beri kita kesungguhan dan semangat untuk terus menunaikan hak-hak Allah dengan sempurna dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba, kepada Tuhan kita Allahu Rabbi. 


Love, 

HM 


Popular posts from this blog

Apa kita ada?

Interesting Spotify Podcast you should check out!