Doa untuk diri sendiri

Assalamualaikum,

Hari ahad, selepas zuhur, hujan turun dengan lebatnya. Layankan mata nak tertutup untuk tidur, tapi serabut dikepala. Keserabutan ini perlu dirungkai. Caoai telefon, buka applikasi nota dan ini hasilnya:

Doa untuk diri sendri, dosa at ini-

Ya tuhan
Apa saja yang aku hadapi di dunia ini, aku mohon kau pinjamkan aku kebijaksaanMu untuk aku menguruskan setiap konflik itu. Kurniakan aku kebijaksanaan dalam mengurus kehidupanku, agar natijahnya kelak yang baik-baik.
Aku mohon ketenangan dalam memberi reaksi, dan ketenangan dalam membuat keputusan.
Tunjukkanlah jalan keluar bagi setiap masalah,
Dan jadikanlah setiap penyelesaian akan membawa kebaikan kepada diriku, keluargaku, maruahku, imanku dan agamaku.
Jauhkan lah permusuhan dan kebencian di dalam dadaku dan di dalam pihak setiap pihak yang aku berurusan dengannya.

Jadikan aku matahari kebaikan dan ketenangan kepada orang lain,
Semoga apabila manusia lain bersama ku, mereka tenang, mereka gembira, mereka bahagia.
Semoga apabila manusia lain bersamaku, mereka kenal islam, mereka jatuh cinta kepada islam, dan mereka kenal engkau Ya Tuhanku.

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang lemah lembuh, seperti engkau Ya Latif.
Hapuskan amarah dan kebencian dalam hatiku.
Hadirkan tanggapan dan fikiran yang baik dalam diriku.
Jadikan aku orang yang sentiasa bersangka baik.
Jadikan aku orang yang baik, apa saja yang ada di dalam diriku baik, dan apa saja yang aku hulurkan, fikiranku, percakapanku, dan tingkah lakuku,semuanya baik.

Tuhanku,
Aku memohon kepadaMu, untuk engkau membenamkan didalam diriku sifat² mahmudah, sikap yang baik, akhlak yang baik, hati yang baik.
Ilhamkan aku untuk sentiasa mempunyai niat yang baik dalam hari-hariku,
Dan tanamkan dalam diriku, akhlak yang membawaku kepada keredhaanMu, kesukaaanMu dan keberkatanMu.

Ya Allah, Ya Mukmin,
Jadikanlah duniaku baik, dunia tempat aku menjalani kehidupan, cukupkan lah bagiku segala keperluanku, berkatilah setiap amalan ku, jauhkanlah aku dari sebarang kehinaan di dunia ini, lindungilah aku dari kesan fitnah dunia ketika aku hidup dan ketika aku sudah mati nanti, tutuplah aibku dan redekanlah kebimbangan dan kerisauanku.

Wahai Tuhanku,
Baikkanlah akhiratku, tempat aku kembali selama-lamanya. Binakanlah bagiku sebuah rumah di syurga, di sisiMu dan disisi Rasullullah. Pertemukanlah aku dengan seluruh ahli keluarga ku dan orang² yang aku cintai. Selamatkan lah aku daripada siksa Kubur, selamatkanlah aku daripada siksa api nerakamu, dan selamatkan lah aku dari fitnah dajjal. Masukkanlah aku ke dalam syurgaMu. Aku tahu aku tak layak, tetapi dengan kasih dan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, terimalah aku untuk berada dikalangan ahli syurgaMu.

HM
Raya 2020, di musim pandemik covid19
15

Popular posts from this blog

Apa kita ada?

Interesting Spotify Podcast you should check out!

Bila kawan masih belum bayar hutang.