Posts

Showing posts from May, 2020

Doa untuk diri sendiri

Assalamualaikum, Hari ahad, selepas zuhur, hujan turun dengan lebatnya. Layankan mata nak tertutup untuk tidur, tapi serabut dikepala. Keserabutan ini perlu dirungkai. Caoai telefon, buka applikasi nota dan ini hasilnya: Doa untuk diri sendri, dosa at ini- Ya tuhan Apa saja yang aku hadapi di dunia ini, aku mohon kau pinjamkan aku kebijaksaanMu untuk aku menguruskan setiap konflik itu. Kurniakan aku kebijaksanaan dalam mengurus kehidupanku, agar natijahnya kelak yang baik-baik. Aku mohon ketenangan dalam memberi reaksi, dan ketenangan dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah jalan keluar bagi setiap masalah, Dan jadikanlah setiap penyelesaian akan membawa kebaikan kepada diriku, keluargaku, maruahku, imanku dan agamaku. Jauhkan lah permusuhan dan kebencian di dalam dadaku dan di dalam pihak setiap pihak yang aku berurusan dengannya. Jadikan aku matahari kebaikan dan ketenangan kepada orang lain, Semoga apabila manusia lain bersama ku, mereka tenang, mereka gembira, mereka ba